Perkembangan teknologi mampu meningkatkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg berkata, sektor pertanian di Sarawak tidak ketinggalan dalam transformasi digital yang berlandaskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Katanya, salah satu kaedah pemodenan adalah melalui pertanian jitu di mana perbandingan dapat dilihat dari segi tanaman yang mampu menghasilkan makanan untuk dunia biarpun memerlukan pelan jangka panjang.

Sumbar: facebook.com/watch/?v=3625401027715551