KUCHING | 23 OGOS 2023

Watch full live broadcast here: https://fb.watch/mDYXN1nTYL/

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom menghadiri Sidang Media Sarawak Agrofest 2023 (SAF 2023) yang diadakan di Wisma Bapa Malaysia pada petang hari ini.

Edisi ke-3 Sarawak Agrofest ini akan berlangsung selama 10 hari bermula daripada 22 September sehingga 1 Oktober 2023 di Dataran Perayaan, Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching.

“Industrializing for Sustainable Food Security and Commodities” merupakan tema utama SAF 2023, selaras dengan fokus dasar jangka panjang Kerajaan Sarawak terhadap pembangunan pertanian mampan dan pengeluaran makanan.

SAF 2023 menawarkan platform untuk petani, penternak, usahawan tani, pembekal pertanian, dan pemain industri untuk mempamerkan barangan dan perkhidmatan mereka. Ia juga akan menjadi saluran untuk mempamerkan aplikasi teknologi digital yang paling canggih dalam pertanian, terutamanya teknologi pertanian pintar.

Lebih 200 peserta pameran dari Sarawak, Sabah, Semenanjung Malaysia dan syarikat berkaitan pertanian antarabangsa dijangka akan menyertai Sarawak Agrofest tahun ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Industri Makanan), YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Ismail; Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (Komoditi dan Pembangunan Wilayah), YB Tuan Martin Ben; Setiausaha Tetap M-FICORD, YBrs Tuan Sirai Daha; dan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS), Encik Gom Raway selaku agensi pelaksana SAF 2023.

Source: facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid031kTEEPBmAwUFRRo2tyXNswksnt7RBYyjoQbx7phr9iHfusJbggjZLwyNJucJ1z9nl&id=100086515362266